السلام عليكم
Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam?
Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima
Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini?
Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta
tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai
di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya
Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta
yang saya rasakan perlu untuk kita orang-orang silat kenal siapa
sebenarnya Panglima Hitam ini.
Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai
pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran
yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan
suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu.
Antara yang tersohor ialah;
- Panglima Hitam (Taiping) atau
nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi
pendekar terbilang pada abad ke -18
- Panglima Hitam (Kuala Selangor)
- Panglima Hitam (Jugra)
- Panglima Hitam (Muar,Johor)
- Panglima Hitam (Segamat,Johor)
Dalam sejarah negeri Selangor,
Panglima Hitam sebagai pahlawan yang berani dan setia dalam
mempertahankan kedaulatan dan keselamatan diri Sultan, Istana dan
Kerajaan. Mereka terdiri dari;
- Panglima Hitam pada zaman Almarhum
Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan
Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga.
- Panglima Hitam yang
dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan
Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.
Dalam sejarah negeri Johor pula, terdapat dua individu yang bergelar Panglima Hitam iaitu;
- Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin
berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan
pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
- Panglima Hitam di
Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya
mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di
kawasan Segamat.
Dan yang
terkenal sekali adalah Panglima Hitam di negeri Perak yang bernama
Tengku Daeng Kuning, anak Raja Bugis dari Makasar, Sulawesi.
Gelaran Panglima Hitam pada beliau bersempena dengan ilmu kependekaran
yang tinggi dan sentiasa memakai pakaian yang berwarna hitam. Mula
sampai di Kepulauan Tanah Melayu pada 1813 bersama 6 saudara yang lain.
Sesampainya di Tanah Melayu, mereka 7 bersaudara masing-masing membawa
haluan sendiri mengikut ilmu dan firasat mereka. Maka berpecahlah mereka
ke negeri-negeri berikut;
- Perak
- Pahang
- Kedah
- Terengganu
- Johor
- Selangor
- Melaka
Makam Daeng Kuning
Makam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman
Daeng Kuning
@Panglima Hitam telah menetap di Kuala Larut yang diberi nama Relur
Tujuh dan kini dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Beliau meninggal pada 1875 dan disemadikan di Kampung Tupai, Jalan Pokok Assam, Taiping.
Dari keturunan beliaulah, lahirnya Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman yang merupakan Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia.
Papan Tanda berhampiran Makam Daeng Kuning
Kesimpulannya,
nama Panglima
Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi
ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja
dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa
Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini
telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal
DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium
telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet
dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita
sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah
Panglima Hitam ini.
والله أعلم
Sedutan dari :
http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/siapa-panglima-hitam.html