Sunday, March 31, 2013

Koleksi Alunan Gendang Silat 1- Gendang Silat




Assalamualaikum. Kali ini rasakami kongsikan Koleksi Album Gendang Silat. Moga berfaedah.

Koleksi Alunan Gendang Silat 1- Gendang Silat
Gendang Silat - 01.mp3 (2.0MB)
Gendang Silat - 02.mp3 (1.0MB)
Gendang Silat - 03.mp3 (7.6MB)
Gendang Silat - 04.mp3 (1.5MB)
Gendang Silat - 05.mp3 (537.8KB)
Gendang Silat - 06.mp3 (1.7MB)
Gendang Silat - 07.mp3 (6.0MB)
Gendang Silat - 08 (Kelantan).mp3 (4.1MB)
Gendang Silat - 09 (Selangor).mp3 (967.2KB)
Gendang Silat - 10 (Silat Gayung).mp3 (3.7MB)
Gendang Silat - 11 (Kedah).mp3 (4.5MB)
Gendang Silat - 12 (Patani).mp3 (5.3MB)
Gendang Silat - 13 (Kedah).mp3 (1.7MB)
Gendang Silat - 14 (Silat Cekak).mp3 (2.3MB)
Gendang Silat - 15 (Silat Gayung).mp3 (2.0MB)



File Size : 42.66mb
download btn

Credit to : http://rasakami.blogspot.com/2013/03/koleksi-album-alunan-gendang-silat-1.html

Tuesday, March 19, 2013

Video : Penggunaan Pisau


Penggunaan pisau oleh Saudara Wan Yusmar




Bonus : Balasan Si Pencabul Wanita
p/s : fikir-fikirkanlah





Monday, March 18, 2013

Video 1 : Aplikasi Tangan Melayu


Bersama Pendita Azlan Ghanie : Aplikasi Tangan Melayu

Azlan Ghanie adalah seorang penggiat seni beladiri ternama di tanah air kita dan merupakan pewaris Silat Melayu Keris Lok 9. Dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan dan pengasas majalah PENDEKAR dan SENI BELADIRI, beliau meneruskan kajiannya dengan merisik kepada lebih 200 guru silat dan pakar perubatan tradisi Melayu selama lebih 20 tahun.

Walaupun berpeluang mengkaji senaman ini dengan lebih mendalam, tetapi beliau hanya nekad melakukannya setelah mengalami serangan angin ahmar sehingga lumpuh separuh badan pada awal 1990-an. Menggunakan kaedah nafas yang diperturunkan Allahyarham ayahnya, Azlan berjaya memulihkan dirinya sehingga disahkan sihat.






Senaman Melayu Tua - Pengenalan


Senaman Tua diasaskan oleh Guru Azlan Ghanie (gambar) yang juga pengasas Silat Melayu Keris Lok 9. Senaman Tua adalah hasil daripada kajian beliau ke atas senaman tradisi budaya Melayu yang dipelajari daripada ayahnya, Allahyarham Abdul Ghanie Abu Bakar. Ayah beliau merupakan keturunan dari Datu Patinggi Abang Borhassan iaitu Raja Melayu Sarawak - Merpati Jepang.
Bonda beliau Hjh Rogayah Jaafar pula dari keturunan Panglima Endut (salah seorang Panglima Istana di Pahang) berdarah Bugis dan Maharaja Perba Jelai.

Dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan dan pengasas majalah PENDEKAR dan SENI BELADIRI, beliau meneruskan kajiannya dengan merisik kepada lebih 200 guru silat dan pakar perubatan tradisi Melayu selama lebih 20 tahun.

Walaupun berpeluang mengkaji senaman ini dengan lebih mendalam, tetapi beliau hanya nekad melakukannya setelah mengalami serangan angin ahmar sehingga lumpuh separuh badan pada awal 1990-an. Menggunakan kaedah nafas yang diperturunkan Allahyarham ayahnya, Azlan berjaya memulihkan dirinya sehingga disahkan sihat.

VIDEO PENGENALAN SENAMAN TUA OLEH GURU AZLAN GHANIE


Siapa Sebenarnya Panglima Hitam

السلام عليكم

Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini? Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta yang saya rasakan perlu untuk kita orang-orang silat kenal siapa sebenarnya Panglima Hitam ini.

Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah;
  1. Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pada abad ke -18
  2. Panglima Hitam (Kuala Selangor)
  3. Panglima Hitam (Jugra)
  4. Panglima Hitam (Muar,Johor)
  5. Panglima Hitam (Segamat,Johor)
Dalam sejarah negeri Selangor, Panglima Hitam sebagai pahlawan yang berani dan setia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan diri Sultan, Istana dan Kerajaan. Mereka terdiri dari;
  1. Panglima Hitam pada zaman Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga.
  2. Panglima Hitam yang dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.
Dalam sejarah negeri Johor pula, terdapat dua individu yang bergelar Panglima Hitam iaitu;
  1. Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
  2. Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di kawasan Segamat.
Dan yang terkenal sekali adalah Panglima Hitam di negeri Perak yang bernama Tengku Daeng Kuning, anak Raja Bugis dari Makasar, Sulawesi. Gelaran Panglima Hitam pada beliau bersempena dengan ilmu kependekaran yang tinggi dan sentiasa memakai pakaian yang berwarna hitam. Mula sampai di Kepulauan Tanah Melayu pada 1813 bersama 6 saudara yang lain. Sesampainya di Tanah Melayu, mereka 7 bersaudara masing-masing membawa haluan sendiri mengikut ilmu dan firasat mereka. Maka berpecahlah mereka ke negeri-negeri berikut;
  1. Perak
  2. Pahang
  3. Kedah
  4. Terengganu
  5. Johor
  6. Selangor
  7. Melaka
Makam Daeng Kuning

Makam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman
Daeng Kuning @Panglima Hitam telah menetap di Kuala Larut yang diberi nama Relur Tujuh dan kini dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Beliau meninggal pada 1875 dan disemadikan di Kampung Tupai, Jalan Pokok Assam, Taiping. Dari keturunan beliaulah, lahirnya Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman yang merupakan Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia.

Papan Tanda berhampiran Makam Daeng Kuning

Kesimpulannya, nama Panglima Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah Panglima Hitam ini.


والله أعلم

Sedutan dari : http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/siapa-panglima-hitam.html 


Sunday, March 17, 2013

Lian Sabili Paka : Suatu Permulaan

Gerakan Lian yang ditunjukkan oleh En. Zahari, guru Silat Lian di SMK Paka. Tahniah! Ini merupakan suatu permulaan ke arah pendokumentasian yang lebih tersusun.






Saturday, March 16, 2013

Koleksi Muzik Gendang Silat Melayu (Free Download)

Muzik Gendang Silat Melayu


Assalamualaikum. Muzik gendang silat adalah salah satu elemen penting dalam persilatan Melayu. Ianya mampu membantu dalam menaikkan semangat pesilat semasa latihan atau pertarungan, disamping berfungsi memeriahkan suasana.

Di Malaysia terdapat beberapa aliran Muzik Silat seperti:-
1. Gendang Patani - Kelantan, Terengganu, timur Pahang
2. Gendang Kedah
3. Gendang Jawa

Peralatan Utama Muzik Gendang Silat Patani dan Kedah

1. Serunai

Serunai Kelantan (panjang) dan Serunai Kedah (pendek)
  • Alat tiupan dari jenis-jenis ‘serunai’ yang menggunakan pipit dua lapis (double reed instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat ‘shawms’. Ia adalah merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk seperti ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device’ di India dikenali sebagai ‘Shahnay’, di China dikenali sebagai ‘Sona’, di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di Thailand dikenali sebagai ‘Phi-Nai’. Di Malaysia dikenali sebagai ‘Serunai’. Perkataan ‘Serunai’ berasal dari perkataan ‘Nay’, dalam bahasa Parsi bermaksud tiup. Di Iraq alat ini dikenali sebagai ‘Zurna’. Malah alat-alat ‘Shawms’ yang terdapat di JepunKorea, ataupun disemua kawasan Asia Tenggara adalah berasal dari keluarga yang sama. Iaitu dari Timur Tengah. Di Maghribi alat ini dikenali sebagai ‘Ghaita’.
          Asal usul
  • Alat tiup jenis serunai, dikatakan berasal dari Parsi. Namun perkembangan awal di Asia Tenggara, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu, yakni sebelum kedatangan Islamdirantau ini. Dimana pendita-pendita mereka dikatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik untuk menjalankan kegiatan dakwah agama mereka iaitu agama Hindu.
  • Di Malaysia terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam ensemble untuk mengiringgi Teater Wayang KulitMenoraSilatTarian Istana dan rakyat serta nobat diraja. Serunai yang terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada dalam diri mereka. Sungguh pun terdapat perbezaan-perbezaan kecil dari segi ukuran dan bentuk serta hiasannya diantara satu sama lain, namun ianya dicipta berlandaskan kepada prinsip-prinsip akustik yang sama, seperti kegunaan bahan asas dan juga ditebuk secara selari (parallel – bare) dengan bentuk luaran. Kaedah ini sering diamalkan bagi pembuatan alat serunai dari keluarga ‘shawms’ yang terdapat diseluruh dunia.
  • Bersesuaian dengan nada muziknya, serunai kebanyakannya mempunyai tujuh lubang petik sebagai lubang penjarian dan satu lubang petik sebagai lubang ibu jari, sering juga diungkapkan sebagai ‘lubang jerit’ oleh sebab suaranya yang meninggi itu dan ada kalanya diungkapkan sebagai ‘lubang penggalak’ iatu menghasilkan nada-nada hias yang bersifat riang ataupun galak.
  • Bagi kebanyakan serunai yang terdapat di Malaysia, di mana pipitnya diperbuat dari daun lontar yang sederhana tua. Ini bagi menentukan keutuhannya serta untuk mendapatkan jenis ‘timbre’ iaitu mutu suara seperti mana yang dikehendaki. Manakala dalam persembahan ‘Barongan’ yang berkembang dikalangan masyarakat Jawa di Johor terdapat sejenis alat tiupan yang berpipit dikenali sebagai ‘Selumprit’. Alat ini berasal dari Tanah JawaIndonesia. Pipitnya diperbuat dari daun kelapa tua yang telah dikeringkan.
  • Alat tersebut mempunyai empat lubang petik untuk menghasilkan melodi yang agak terhad tonalitinya, jika dibandigkan dengan serunai yang berkembang di PerlisKelantan dan ensemble Silat Kedah. Dalam ensemble paluan Wayang Gedek yang juga berkembang di Kedah, tedapat sejenis serunai yang mempunyai enam lubang petik dan tidak mempunyai kecopong. Serunai ini dikenali sebagai serunai ‘Pemetong’ dan dikatakan berasal dari Kampuchea dikenali sebagai ‘Seralai’. Jenis serunai seperti ini juga terdapat dinegara Thailand, dikenali sebagai ‘Pi-Nay’, pipitnya juga diperbuat dari dan lontar.
  • Adapun jenis-jenis serunai yang terdapat di Malaysia, dicipta tidak mengikut satu piawaian yang baku. Dengan demikian ‘timbre’ atau air suaranya berbeza-beza walaupun berkembang dalam disiplin yang sama, seperti yang terdapat dalam ensemble Wayang Kulit di Kelantan; misalnya. Namun perkara ini tidak pula berlaku pada kebanyakan serunai yang terdapat dalam ensemble Gendang Silat di Kedah dan juga Terinai di Perlis dimana sukatan pic suaranya hampir sama dengan sistem pic barat iaitu ‘Western Tempered Pitch’.
  • Namun begitu, secara umumnya alat serunai telah mendukung peranan yang terbanyak dalam tradisi muzik rakyat dan juga istana di Malaysia, selain daripada perananya sebagai pembawa melodi dalam genre muzik yang perbagai juga digunakan bagi tujuan perarakan untuk mengiringgi pembesar-pembesar Negara. Dalam ensemble nobat diraja, serunai telah mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi statusnya. Ia digandingkan dengan sejenis alat ‘trumpet’ iaitu nafiri yang memainkan melodi ‘drone’ dalam muzik istiadat seperti pertabalan dan sebagainya.
          Pengelasan

2. Gendang

  • Jenis-jenis gendang yang mempunyai satu muka seperti kompang dan rebana diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka sepertimana yang terdapat dalam ensemblepaluan silatnobat dirajaMak YongGendang KelingWayang KulitTerinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan yang juga merupakan satu eksternal dari kejadian dahulu.
  • Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai Gendang Ibu dan Anak berkembang di negeri KedahPerlisTerengganu dan Perak telah ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Digunakan sebagai Genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringgi teater tradisional serta mengiringgi tarian klasik Istana dan rakyat.
  • Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
  • Proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembap pada bingkai rotan yang telah dibentuk mengikut kesesuaian. Dengan ini apabila kering, ianya akan menebat di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti “Y” sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai ‘simpai’ iaitu alat tala ataupun ‘immediate tuning device’ bagi gendang.
  • Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama ‘kemban rotan’ juga berfungsi sebagai bahan penghias.
  • Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Menora, Makyong dan Silat.
  • Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.
  • Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.
  • Bagi pengamal gendang, mereka menghias dengan menggunakan enam (6) ‘simpai’ atau lima dan peranan ‘simpai’ bagi Gendang Melayu merupakan sesuatu yang mutlak bagi proses penalaan bunyi. Ianya juga dianggap sebagai ‘the immediate tuning device’ iaitu secara praktisnya seseorang dapat menala alatnya dengan pantas dalam mencari suara. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain yang sering digunakan seperti mengetuk pada bingkainya. Kaedah ini tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemain itu sewaktu dalam persembahan. Untuk mengekalkan hayat kulit secara yang berpanjangan ‘simpai’ tadi perlu dilonggarkan apabila selesai satu persembahan.
  • Perkembangan Gendang Melayu dikatakan berasal dari India. Di Kedah masih terdapat gendang dua muka yang mempunyai persamaan bentuk gendang ‘mridanga’ yang terdapat dalam komuniti India di Malaysia. Ianya pada suatu ketika dahulu telah dianggapkan sebagai Gendang Keling, satu nama korupsi yang tidak wajar diketengahkan dalam kontek semasa. Kini gendang tersebut telah diterima sebagai sebahagian daripada jenis-jenis gendang Melayu.
  • Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat gendang di Malaysia. Alat-alat seperti NekaraMeruasGedombakKompangJidorRebanaDub serta Tar Rodat adalah terhasil daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam dirantau ini sejak sekian lama dan sekaligus memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilai budaya masyarakat setempat.
  • Alat-alat seperti Gedombak yang terdapat didalam permainan Wayang Kulit di Kelantan mempunyai talian dengan ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ di Iran dan ‘Darabuka’ di Iraq. Bagi gendang yang berbingkai (frame drum) seperti Kompang merupakan alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur Tengah. Alat-alat ini dikenali sebagai ‘Daira’ di Iran, ‘Bendir’ di Maghribi’, ‘Tar’ di negara-negara Teluk dan ‘Duff’ di Syria.
  • Bagi gendang dua muka yang menyerupai ‘Jidur’ dan ‘Beduk’ di Maghribi dikenali sebagai ‘Tabl’ manakala gendang dua muka yang lebih kecil dikenali sebagai ‘Maruas’ atau ‘Manama’ di Bahrain. Gendang ‘Nakara’ seperti yang terdapat di MaghribiHabsyah dan Sudan; sungguhpun terdapat istilah ‘Tabl’ atau ‘Tabla’ dikatakan berasal dari perkataan Arab yang bermaksud gendang, namun alat Tabla yang terdapat dalam permainan Ghazal di Malaysia berasal dari India. Begitu juga dengan gendang Melayu juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang ‘Mridanga’. Suatu ketika dahulu istilah Gendang Keling sering digunakan bagi Gendang Melayu khususnya yang berkembang di Kedah dan di Perlis.
          Pengelasan   
  • Klasifikasi alat-alat Muzik Gendang dengan istilah ‘Membranophone’. Membranophone : jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan-bahan kulit yang diregangkan. Contoh alat seperti kumpulan gendang muka satu – Beduk, Rebana Besar, Rebana Kercing, Rebana Medan, Rebana Zikir, Rebana Mek Mulung, Tar Rodat, Kompang, Redap/Rebana Riba, Rebana Jikey, Gedombak, Nakara, Tabla, Baya dan Kemplingan. Kumpulan gendang dua muka – Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendang Terinai, Gendang Keling, Geduk, Maruas, Jidur, Dup dan Gendang Gamelan.

3. Gong

  • Alat Gong di dunia wujud dalam bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai ‘Busut’ atau ‘Tombol’ dan secara umumnya telah ditakrifkan sebagai ‘knobbed gong type’ dan satu lagi ialah tanpa busut atau tombol dan telah ditakrifkan sebagai ‘flat gong type’. Perkataan Gong umumnya digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal dari perkataan Melayu/Indonesia. Ianya berasaskan kepada system ‘onomatopoera’ iaitu satu system penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan.
          Asal usul
  • Sejarah kemunculan awal alat gong jenis berbusut di dunia bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai alat ‘asli’ bagi masyarakat Melayu. Gong berbusut yang diakui pernah ditemui di Indonesia bertarikh kira-kira 1000 S.M. Sungguhpun ada pendapat yang mengatakan bahawa Gong telah wujud di negara China sejak dari zaman pemerintahan Dinasti Zhou lagi (1122-1229 S.M).
  • Keluarga Gong di Malaysia secara umumnya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang bertombol. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi. Terdapat didalamnya pelbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza-beza diantara satu sama lain termasuk juga ‘pic’ (sukatan bunyi).
  • Istlah ‘tetawak’ yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. ‘Tawang’ mengikut sistem ejaan fonologinya dan berkemungkinan besar alat-alat ini telah dibawa masuk dari kepulauan Mindanao di SelatanFilipina. Hingga kini alat gong masih di perbuat di sana khususnya oleh suku Maranos di Wilayah Lanao del Sur. Dari maklumat yang di perolehi, alat tetawak dari jenis tembaga ini tidak pernah diperbuat di negeri Kelantan. Ianya diakui dibawa masuk dari negara Burma melalui Pattani di selatan Thailand sejak beratus-ratus tahun dahulu untuk kegunaan teater tradisional seperti Wayang Kulit, Menora, Mak Yong dan Tarian Asyik.
  • Pada masa kini terdapat juga alat tetawak yang diperbuat dari besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar tertentu dari kalangan masyarakat tempatan. Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Namun kemahiran teknik seperti di atas tidak dapat menjamin mutu dan nilai sesebuah alat itu, bahkan pada prinsipnya turut memperlihatkan satu kemunduran dari segi teknologi pembuatannya jika dibandingkan dengan teknik ‘tempa’ yang telah diamalkan di sesetengah negara Asia Tenggara. Mereka sudah mempunyai teknik yang begitu tinggi khususnya bagi pembuatan gong/tetawak dari gangsa yang terdapat di Myanmar dan Filipina. Begitu juga di Indonesia yang menggunakan teknik yang sama bahkan lebih halus dan rumit lagi khususnya dalam pembuatan alat-alat Gamelan jenis ‘perunggu’ yang telahpun mendapat pengiktirafan masyarakat dunia sebagai gong yang terunggul.
          Pengelasan
  • Klasifikasi alat gong dengan istilah – Idiophone. Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan melalui Kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat tersebut. Yakni sifat alat berkenaan tidak memerlukan seseorang pemain itu melakukan persediaan awal bagi maksud penalaan bunyi untuk menghasilkan bunyi.


Senjata Melayu - Kerambit

Assalamualaikum,
Kerambit Lombok
Senjata sulit yang dimainkan secara jarak dekat oleh  para pendekar dan serikandi. Dibentuk dari inspirasi KUKU HARIMAU dan BULU PADA EKOR AYAM JANTAN. Dikenali juga dengan pelbagai nama mengikut bentuk (bilah dan lengkungannya), saiz dan tempat. Antaranya;
1. Kuku Rimau
2. Kuku Hanuman
3. Lawi Ayam
4. Kerambit Minang
5. Kerambit Sumbawa
6. Kerambit Lombok
7. Kerambit Sunda (2 mata)
Kuku Rimau
 Kerambit Sumbawa
Kerambit Minang
Kerambit 2 mata
Bilahnya berbentuk melengkung dan tajam kedua-dua belahnya.Terdapat lubang cincin dipangkal hulunya sebagai ruang untuk memasukkan jari telunjuk. Keadaan ini menjadikan senjata kerambit sukar terlepas dan boleh bergerak secara fleksibel kerana jari telunjuk menjadi sebagai pemacunya.Namun kelemahannya, boleh mengakibatkan jari telunjuk itu patah bila berdepan dengan musuh yg pakar atau tertusuk sesuatu yg keras (tidak lut). Bagi mengelakkan keadaan seperti ini, ada rekaan kerambit yg tiada lubang cincin dan hanya digenggam. Tetapi ianya berisiko untuk terlepas dan sedikit terhad ruang geraknya berbanding yang berlubang cincin.

Kaedah "makannya" secara merobek sasaran lembut pada tubuh lawan seperti leher, bawah dagu, ulu hati, sisi pinggang, kantung kemaluan, ketiak, tendon-tendon utama seperti pergelangan, pelipatan siku dan lutut. Arah gerak makannya secara horizontal (lambai atas dan lambai bawah) dan vertikel. Setiap kali kerambit mengena sasaran,  pengemudinya akan menyentap kerambit tersebut sebagai usaha merobek tubuh lawan. Ianya disimpan dan dipegang secara sembunyi dari penglihatan musuh. Biasanya, para pendekar akan menyimpan kerambit ini di dalam poket, menyelit kerambit disebalik bengkong (atau di sekitar pinggang yang sedikit belakang agar tersorok dari pandangan musuh), dan ada juga disimpan dalam kilasan kain sarung atau sampin. Bagi serikandi pula, kerambit (bersaiz kecil) disimpan di sebalik rambut yang dijadikan sebagai cucuk sanggul.

Kaedah Latihan. 
Penulis bergaya dengan Kerambit (lawi ayam)
Secara asasnya, pesilat diajar dengan senaman Kerambit. Senaman kerambit diajar bertujuan agar pesilat mampu menghayati gerak-geri kerambit yang banyak bermain secara MERAUT dengan gerak lambai atas dan lambai bawah (gerakan horizontal) dan sauk sula (vertikel). Geraknya perlu rapat dan tangan kiri (tanpa kerambit) haruslah berwaspada agar tidak termakan tuan sendiri. Kemudian, pesilat mula diajar Gerakan Asas Kerambit agar gerakan yang lembut ketika senaman kerambit tadi dapat dilaksanakan dengan gerak sebenar yang keras dan pantas.
Setelah mahir mengemudi Kerambit, pesilat akan diajar kaedah elak-makan dan seterusnya dilatih menyambut serangan kerambit musuh dalam keadaan bertangan kosong (tanpa senjata). Kaedah Tapak Hidup Kerambit juga diberi pendedahan agar pesilat mampu mendalami pelbagai kemungkinan bentuk serangan secara  berangkai dan pelbagai situasi.
Buah Tangkapan Kerambit
Penghujung pelajarannya, pesilat perlu bertempur menggunakan Kerambit di dalam kain sarung. Kaedah latihan sebegini menitikberatkan kecekapan pesilat untuk bermain rapat dan cekap menghadapi serangan kerambit dalam situasi yg terhad. Petua Kerambit dan Penggunaan Racun juga akan disampaikan setelah pesilat berjaya menguasai sepenuhnya Permainan Kerambit ini.

Walaupun asal senjata Kerambit ini dari Nusantara (Alam Melayu), namun ianya telah tersebar dan telah mendapat tempat di hati orang-orang Barat yang melihat senjata Kerambit ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding senjata-senjata Melayu lain.

Kerambit yang diinovasikan oleh orang2 barat
Begitulah hebatnya KETAMADUNAN SENJATA BANGSA MELAYU. ALLAHUAKBAR!!!
Wallahua'lam

Pengenalan Silat Lian


Di Malaysia terdapat beberapa Perguruan Silat yang menggunakan nama "Silat Lian", di antaranya:
  1. Silat Lian
  2. Silat Lian Yunan
  3. Lian Padukan
  4. Silat Lian Kwantung
  5. Silat Gayang Lian
  6. Gerak Silat Lian
  7. Silat Lian Ilham
Silat ini dikatakan bukan berasal dari silat Melayu tetapi berasal dari daerah YunnanChina. Ia dibawa oleh pedagang pedagang Cina yang beragama Islam. Silat Lian tersebar secara meluas di negeri pantai timur seperti PahangTerengganu dan Kelantan. Ia juga terdapat di sebelah Johor iaitu di daerah Mersing. Di sana ia dikenali sebagai Silat Buah Pukul MersingSilat Gayang Lima,Silat Yunan dan Silat Senjata Lapan.

Silat Gayang Lian
Nama asal perguruan ini adalah Silat Lian Buah Pukul semasa ia mula diasaskan pada tahun 1970an. Pada tahun 1990an, nama perguruan ini telah ditukar kepada Silat Gayang Lian.
Silat ini telah dibawa dari Mersing, Johor oleh Guru Atan Hussein dan dikembangkan di Rompin, Pahang. Guru Zol Haji Mat Lela kemudiannya telah diamanhkan oleh Guru Atan untuk mengembangkannya di Maran, Pahang pada tahun 1970aan dan kemudiannya ke Pekan, Pahang sehingga hari ini. Guru Zol juga adalah pewaris Seni Pencak Silat Sangkar Rewana.

Silat Lian Yunan
Sebuah Perguruan Silat yang berpusat di Kampung Sungai Puteri, Rompin, Pahang. Dipimpin oleh Abdul Rahim bin Mohamad selaku Guru Utama yang mempelajari silat tersebut dari ayahnya, Mohamad bin Ali. Mohamad bin Ali mempelajari silat ini di Mersing, Johor.

Silat Lian Kwantung
Silat Lian Kwantung ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Pahang. Silat ini adalah gabungan silat aliran Lian Yunan dan seni bela diri Kwantung. Ia telah dikembangkan oleh Allahyarham Chik Wan. Di antara murid beliau ialah Muhammad bin Deraman, Hassan bin Deraman dan Pak Bakar. Silat ini mempunyai 8 tarian asas untuk menjadi buah dalam pergerakan serangan dan bela diri. Ia diikuti dengan buah-buah pukulan dengan proses potong satu, potong dua, potong tiga dan lapis. Selepas itu diajar pula ilmu pertarungan dengan cara berliko dan permainan guru. Senjata tradisional yang diajar termasuk tekpi dan tongkat.

Lian Padukan
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.
Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk ‘menyiasat’ kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.
Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.
Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.
Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

Silat Gayang Lima
Silat Gayang Lima merupakan salah satu cabang dari silat Lian sebelum didaftarkan pada 17 hb. Ogos 2007 sebagai Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja, Johor. Silat Gayang Lima pada awalnya diterajui oleh bapak Subarjo Hj. Sukardi serta Ahli Jawatan kuasa, terbuka dari peringkat sekolah dari berumur 7 tahun sehingga 21 tahun.
Merupakan salah satu dari Perguruan Silat yang aktif bergerak di Johor.
Silat ini tidak menangkap, hanya memukul tidak kira dimana sahaja yang hendak dipukul. Pelajaran silat ini termasuk pergerakan lian 1 hingga 12. Lian adalah gabungan pergerakan berbentuk kaedah menggunakan senjata lapan iaitu dua tangan, dua siku, dua lutut dan dua kaki. Latihan lian akan menerbitkan buah pukul yang berasaskan kaedah seperti gayang, tekan, kebas, cincang dan sisip.

Gerak Silat Lian
Gerak Silat Lian adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunnan. Nama asal persilatan ini ialah Lian Yunnan, Buah Pukul Mersing, atau Lian 13. Ia telah mula bertapak di Tanah Melayu dengan dibawa oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang.
Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an.
Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987
Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM ).