Monday, March 18, 2013

Senaman Melayu Tua - Pengenalan


Senaman Tua diasaskan oleh Guru Azlan Ghanie (gambar) yang juga pengasas Silat Melayu Keris Lok 9. Senaman Tua adalah hasil daripada kajian beliau ke atas senaman tradisi budaya Melayu yang dipelajari daripada ayahnya, Allahyarham Abdul Ghanie Abu Bakar. Ayah beliau merupakan keturunan dari Datu Patinggi Abang Borhassan iaitu Raja Melayu Sarawak - Merpati Jepang.
Bonda beliau Hjh Rogayah Jaafar pula dari keturunan Panglima Endut (salah seorang Panglima Istana di Pahang) berdarah Bugis dan Maharaja Perba Jelai.

Dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan dan pengasas majalah PENDEKAR dan SENI BELADIRI, beliau meneruskan kajiannya dengan merisik kepada lebih 200 guru silat dan pakar perubatan tradisi Melayu selama lebih 20 tahun.

Walaupun berpeluang mengkaji senaman ini dengan lebih mendalam, tetapi beliau hanya nekad melakukannya setelah mengalami serangan angin ahmar sehingga lumpuh separuh badan pada awal 1990-an. Menggunakan kaedah nafas yang diperturunkan Allahyarham ayahnya, Azlan berjaya memulihkan dirinya sehingga disahkan sihat.

VIDEO PENGENALAN SENAMAN TUA OLEH GURU AZLAN GHANIE


0 comments:

Post a Comment